Warning: strtotime(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected the timezone 'UTC' for now, but please set date.timezone to select your timezone. in /home/nibungco/public_html/tapaksuci/libraries/joomla/utilities/date.php on line 56

Warning: date(): It is not safe to rely on the system's timezone settings. You are *required* to use the date.timezone setting or the date_default_timezone_set() function. In case you used any of those methods and you are still getting this warning, you most likely misspelled the timezone identifier. We selected the timezone 'UTC' for now, but please set date.timezone to select your timezone. in /home/nibungco/public_html/tapaksuci/libraries/joomla/utilities/date.php on line 198

Allahyarham Ustaz Md Syukri

Cetak

Ustaz Md SyukriSyawal 2012 ini, kita telah kehilangan seorang lagi antara Guru Kanan dalam Perguruan Seni Tapak Suci. Sepanjang laman web ini mula bertapak di internet, beliau merupakan satu-satunya wakil perguruan yang berada di Utara tanahair. Sebarang pertanyaan dan minat mendalami Tapak Suci yang diajukan kepada kami dari sebelah Utara, akan kami majukan kepada beliau untuk pertanyaan lanjut. Sepanjang Ramadhan juga kami menerima lebih banyak pertanyaan dari sebelah Utara yang bertanyakan guru / gelanggang, hinggakan ada yang menghubungi kami semula sejurus peninggalan beliau kerana tidak dapat dihubungi. Selain jawapan yang telah kami berikan, maka entri ini juga sebagai jawapan rasmi dari kami.

Gambar ini sempat kami rakamkan sewaktu kunjungan ke kediaman beliau di Jalan Dato Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu dua hari sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian beliau. Nama sebenar allahyarham ialah Md Shakari Bin Musa meninggalkan seorang balu Norma Binti Abdullah, lima orang anak Khairul Nazri, Nazrina, Mohd Amir Adli, Mohd Syafiq Afifi, Nuramirah Syafiqa serta empat orang cucu. Beliau yang didapati pengsan ketika berkebun disahkan meninggal kemudiannya oleh paramedik petang 9 Syawal 1433 bersamaan 27 Ogos 2012 iaitu hari Isnin.

Allahyarham merupakan seorang yang amat lemah lembut dan sangat rajin. Kehilangan beliau ibarat terbenamnya kilauan sebuah bintang dalam dunia ilmu hikmah yang banyak tersimpan bersamanya. Dalam dunia Tapak Suci pula, beliau merupakan antara guru-guru terawal yang mula melatih di Gelanggang Panchor yang satu ketika dahulu tertutup bagi anak-anak Pondok Tok Ayah Kedah sahaja. Allahyarham juga merupakan cucu kepada Tok Ayah Kedah dan bekas tenaga pengajar di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Allahyarham mempunyai murid yang ramai dalam Perguruan Seni Tapak Suci.

Mewakili semua pewaris Tapak Suci, khususnya dari TAPAKSUCI.NET, kami mengucapkan takziah di atas pemergian allahyarham dan berharap ahli keluarganya bersabar dan diberikan ganjaran pahala sebaik-baiknya dari Allah Semoga roh beliau dicucuri rahmat.