Rabu, September 03, 2014

 

pantun

Top Tab Content
Ruangan Forum
Welcome, Guest
Username Password: Remember me

Sejarah Tapak Suci Kelantan
(1 viewing) (1) Guest
Jejaki sejarah awal Tapak Suci, sejarah perkembangan, salasilah guru, guru-guru tua, guru-guru utama, wakil-wakil guru, pewaris.

TOPIC: Sejarah Tapak Suci Kelantan

Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 7 months ago #6

#10 Ayoh chik 2011-01-30 14:43
Salam, eloklah kita menyusuri perguruan ini, bermula dari Arwah Pokcik Ya( Ayoh Ya - Kok Lanas), yang kalau tak silap sy menerima TS ini dari Tok Awang Bukit Batil.


Memetik dari komen Ayah chik di muka hadapan web, Insya Allah boleh kita bermula di sini rentetan sejarah datangnya Tapak Suci ke Kelantan. Hasil keputusan di sini akan dirujuk dan digunapakai untuk diletakkan pada menu Sejarah Perkembangan di depan web. Mohon jasa baik tuan-puan sekalian untuk menjemput rakan-rakan seperguruan lain yang available untuk online / mewakili mereka untuk memberikan sumbangan di sini.

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 7 months ago #17

insyallah, perkara ini akan diwar- warkan kepada pewaris- pewaris dari Terenganu, Pahang dan mungkin dari Singapura.

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 7 months ago #21

Sejarah Tapak Suci adalah sebuah aliran seni mempertahankan diri yang berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Ia merupakan pusaka warisan Wali Songo (Sembilan Wali) yang terkenal dalam sejarah penyebaran Islam di Nusantara. (Kisah Wali Songo, insya-Allah akan saya paparkan dalam tulisan yang lain). Para Wali Songo telah mewariskan berbagai bentuk ilmu dan amalan hikmat yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi hingga sampai ke zaman ini. Seni Tapak Suci adalah salah satu amalan ampuh yang telah diwariskan oleh mereka. Sesuai dengan latar belakang ini, maka aliran silat ini dinamakan Perguruan Seni Tapak Suci (P.S.T.S.)

Perguruan Seni Tapak Suci muncul di Geylang, Singapura dalam tahun 60an melalui dua orang adik-beradik yang dikenali dengan panggilan Pak atau Pak Cik Aswan dan Pak Cik Moin. Kedua-dua beradik ini adalah Pengasas dan Guru Tua kepada Seni Tapak Suci. Menurut cerita Guru Utama , Pak Aswan telah memperolehi amalan Seni Tapak Suci melalui mimpi. Bagi memuaskan hati, beliau telah membuat penyelidikan tentang aliran ini hingga ke Tanah Jawa. Di sana beliau menemui 'akar' Seni Tapak Suci dan mendapat kepastian tentang kesahihannya. Setelah berpuas hati beliau kembali ke Singapura dan bersama-sama abangnya Pak Moin, mereka telah menyebarkan Seni Tapak Suci di negara tersebut. Penyebaran aliran silat ini tidak terhenti di Singapura bahkan telah melintasi Selat Tebrau hingga ke negeri Pahang. Dari sini, Guru Utama yang menerima ijazah dan amanah secara langsung dari kedua-dua Guru Tua tadi telah membawa Seni Tapak Suci ke Kelantan.

Pada awal tahun 70an, bagi memenuhi amanah Guru Tua, Guru Utama telah mengambil tiga orang murid sebagai pewaris di gelanggang pertama Seni Tapak Suci iaitu di Sungai Baru, Pengkalan Chepa. Dua daripada tiga murid ini berhenti separuh jalan. Hanya Yaakob (Abe Kob) yang kekal sebagai pewaris. Abe Kob merupakan jurulatih pertama Seni Tapak Suci yang membimbing murid-murid baru di Kelantan. Bermula dari sini Seni Tapak Suci mengembangkan sayap di seluruh negeri dengan kemunculan gelanggang-gelanggang baru di Kubor Maras, Langgar, Kok Pasir, Tanjong Mas, Padang Bongor, Gunong-Bachok, Panchor, Pulau Belanga, dan Sering. Kemunculan Seni Tapak Suci merupakan satu 'ledakan' pada waktu itu. Gelanggangnya menjadi tumpuan dan ratusan orang telah diterima sebagai pewaris aliran silat ini.

Para pewaris lapis pertama ini telah menjalani Majlis Khatam (Penamat) yang diadakan secara meriah di setiap gelanggang di seluruh Negeri Kelantan dalan tahun 1976. Majlis Khatam ini telah disempurnakan oleh Pak Moin yang datang secara khusus dari Singapura. Alhamdulillah saya merupakan salah seorang pewaris yang melalui upacara khatam ini pada tangan Pak Moin sendiri.

Setelah Majlis Khatam disempurnakan, Seni Tapak Suci terus mendapat sambutan hangat dari masyarakat. Memandangkan keadaan ini dan bagi membantu Guru Utama menyebarkan silat ini, dengan persetujuan kedua-dua Guru Tua, beberapa orang wakil guru telah dilantik. Antara wakil guru pada lapis ini ialah Abe Kar (Kubor Maras), Abe Min dan Abe Ya (Kok Pasir), Wan Daud dan Wan Yusof (Padang Bongor), Ustaz Shukri dan Penghulu Othman (Panchor). Dengan perlantikan wakil-wakil guru, Seni Tapak Suci memasuki lapis kedua dalam perkembangannya.

Tempoh lapis kedua ini menyaksikan perkembangan pesat Seni Tapak Suci dengan kemunculan beberapa gelanggang baru seperti Wakaf Baru dan Ketereh. Pada lapis ini ramai anak-anak muda terutama para pelajar diterima sebagai pewaris aliran ini. Keadaan ini berbeza dengan lapis pertama yang mana majoriti pewaris terdiri dari kalangan dewasa. Gelanggang yang paling aktif dan memainkan perasan besar dalam penyebaran Seni Tapak Suci pada lapis ini ialah Kok Pasir dan Padang Bongor (yang lebih dikenali sebagai Taman Koperatif, Tanjong Chat).

Walaubagaimanapun, kerana masalah peribadi, pada awal tahun 80an, Abe Min Kok Pasir telah meninggalkan Perguruan Seni Tapak Suci dan memperkenalkan aliran sendiri yang diberi nama Zulfatah. Aliran Zulfatah pada asasnya adalah Seni Tapak Suci yang telah ditokok tambah pada segi amalan dan gerakan jurus. Gelanggang Kok Pasir bertukar menjadi gelanggang utama Zulfatah. Setelah kematian Abe Min, gelanggang utama Zulfatah berpindah ke Chicha, Kubang Kerian. Gelanggang ini dikendalikan oleh Kamarulzaini, salah seorang murid kanan Abe Min. Kamarulzaini pada asalnya adalah pewaris Seni Tapak Suci yang menerima amalan ini daripada Abe Kar Kubor Maras.

Kemunculan Silat Zulfatah telah mencetuskan ketegangan antara Kok Pasir dan gelanggang-gelanggang lain, terutama Padang Bongor. Kecewa dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku, Guru Utama telah mengundurkan diri dari dunia persilatan dan tidak lagi menerima pewaris baru secara terbuka. (Dalam suasana inilah saya menerima ijazah daripada Guru Utama sebagai wakil guru. Saya telah diberi amanah oleh beliau supaya 'menjaga' Seni Tapak Suci di Kelantan).

Catatan saya terhenti setakat ini kerana dalam tempoh pertengahan 80an dan awal 90an saya melanjutkan pelajaran ke luar negeri. Dalam tempoh ini maklumat tentang Seni Tapak Suci yang ada pada saya amat terhad. Saya mohon bantuan dan kerjasama para pewaris untuk melengkapkan catatan sejarah dalam tempoh tersebut.

Insya-Allah dalam catatan seterusnya saya akan memperkenalkan Guru Utama Perguruan Seni Tapak Suci di Kelantan untuk pengetahuan adik-adik seperguruan sekalian.


Artikel di atas adalah salinan daripada artikel Sejarah Tapak Suci Kelantan di muka depan web. Artikel ini dipaparkan semula di sini untuk perbincangan, komen mahupun pembetulan sekiranya ada. Juga mewakili penulis artikel untuk diberi input dan maklumat tambahan yang diperlukan.

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 7 months ago #23

SalaamullaaHU 'alaikum ajma'iin.

Ambo berharap benar agar pihak admin dapat menulis sejarah serta nama2 penuh Bapak Aswan dan Pakcik Moin. Amat penting ianya dijaga demi menjaga sanad keilmuan.

Wassalaam

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 6 months ago #39

#12 Saiful 2011-02-05 12:13
SalaamullaaHu 'alaikum.

AlhamdulillaaH. Abe Ya terima dari tok Awang? Sapa gurubernama Tok Wang ni? Boleh diceritakan sedikit untuk menambahkan kefahaman ambo.Hmmm... Cuma ambo pernah diberitahu oleh Guru Besar almarhum Abe Ya dulu bahawa beliau mendapatkannya dari Bapak Aswan bersaudara. Mungkin ambo tok berapa ingat tapi kalau tak silap itulah katanya. Beliau bawa bawa balik ke Kelantan dengan amanah untuk dikembangkan. Cuma,ambo harap jangan tinggal sedeqah al-Fatihah kepada Guru Pendiri Keilmuan Tapak Suci ini, iaitu Sheikh Syarif HidatatullaaH, Sunan Gunung Jati QaddassallaaHu ta'aalaa Sirruh.

WallaaHu a'lam bissowaab.


Mungkin Ayoh Chik boleh terangkan sikit berkenaan Tok Awang Bukit Batil, terutama sumber yang diperolehi samada lisan / sebagainya. Penulis juga kurang pasti berkenaan Tok Awang Bukit Batil.


Saiful wrote:
SalaamullaaHU 'alaikum ajma'iin.

Ambo berharap benar agar pihak admin dapat menulis sejarah serta nama2 penuh Bapak Aswan dan Pakcik Moin. Amat penting ianya dijaga demi menjaga sanad keilmuan.

Wassalaam


Sedang dalam pencarian, setakat ini belum diperolehi nama sebenar Pak Cik Aswan dan Pak Cik Moin ini. Mungkin saudara sekalian dapat membantu.

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 6 months ago #41

insyallah, yang sebenarnya ana, ada terbaca dalam web jalanan hamba ( Under Silat Zulfatah ) topik perbincangan,. jadi sy rasa mungkin boleh menyusurinya...kerana Arwah Ayoh Ya , kalau tak silap sy terima TS ni kat Rompin ( Maaf kan sylah kalau silap )

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 6 months ago #62

Kami ada menjemput Mohd Shukri Mohamed / Jalanan Hamba pemilik blog muridguru.blogspot.com secara peribadi melalui email untuk sama-sama memberikan sumbangan di sini, namun tiada respon setakat ini, atau mungkin dah ada daftar menggunakan nama samaran dan sebagainya. Mungkin dari beliau boleh kita dapatkan beberapa versi sejarah Tapak Suci untuk dibincangkan di sini.

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 6 months ago #69

Petak suri tenunan kenyalang.
Kecubung merah penyeri taman.
Tapak Suci perguruan terbilang.
Gedung hikmah Wali Sembilan.

Kecubung merah penyeri taman.
Melebar sawah indah pandangan.
Gedung hikmah Wali Sembilan.
Menyebar dakwah menongkah zaman.

Melebar sawah indah pandangan.
Tempua merbah riuh berkicauan.
Menyebar dakwah menongkah zaman.
Membawa risalah Rasul junjungan.

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 6 months ago #83

Alhamdulillah sempena cuti Maulidur-Rasul kami telah berkesempatan berkunjung ke rumah Arwah Guru Utama, menyegarkan kembali sejarah awal perkembangan sepertimana yang diceritakan oleh Isteri beliau, banyak kami perolehi input baru dan tidak ditemui juga nama Tok Awang Bukit Batil. Cuma mengikut susur galur perguruan yang kami perolehi adalah seperti berikut:

Pak Moin & Pak Aswan (Pengasas, Geylang) > Pak Teh (Guru Tua, Rompin) > Guru Utama (Kelantan)

Insya-Allah, artikel sambungan sejarah sedang dalam penulisan. Maklumat keluarga Guru Utama, gambar-gambar juga telah kami perolehi dan akan dipaparkan bersama nanti insya-Allah.

P/S: Nama Saiful juga banyak disebut.

Re: Sejarah Tapak Suci Kelantan 3 years, 6 months ago #84

Syukur, Alhamdulillah..dan insyallah pihak admin, boleh ke Rompin..untuk mendapat maklumat dari sana, bg melengkapkan lg sejarah TS di Malaysia dan sy percaya ramai lg guru-guru, yang mungkin kita boleh jejaki.. Amin
Time to create page: 1.31 seconds
Bottom Tab Content

Kitab Amalan

icon_kitabKitab Amalan Tapak Suci. Cetakan pertama Januari 2011. Kandungan: Amalan Asas, Doa Nuurun Nubuwwah, Kaifiah Mengisi Jurus, Kaifiah Gerak Seni.

10 Jurus Asas

icon_jurusSepuluh Jurus Asas lengkap dengan nama, keterangan dan ilustrasi. Jurus Satu, Dua Tendat, Dua Jablak, Tiga Tarik, Empat Tendat, Empat Kilas...