Ahad, Ogos 20, 2017

 

pantun

Top Tab Content

Maklum Balas

Sila daftarkan diri anda terlebih dahulu untuk memberikan sebarang komen membina, menghantar bahan rujukan mahupun sumbangan idea.

Pewaris & Ahli

Sesetengah bahan di dalam web ini terhad kepada pewaris dan ahli sahaja. Tapisan untuk akses kepada bahan akan dibuat secara berperingkat.

Ingin Belajar?

Klik pada ikon untuk mendapatkan maklumat tentang gelanggang dan guru di sekitar Kelantan. Senarai akan ditambah dari semasa ke semasa.

Guru Utama Kelantan

guru_utamaAllahyarham Haji Zakaria Bin Haji Wan Abdullah

Dilahirkan pada hari Selasa 7 Mei 1940 bersamaan 29 Rabiul Awal 1359H, di Bukit Puteri, Besut, Terengganu. Anak tunggal kepada Hj. Wan Abdullah Bin Wan Salleh dan Hjh. Minah Binti Ibrahim ini telah dibesarkan dengan didikan agama dan Al-Quran oleh ayahanda beliau sendiri yang merupakan imam dan guru agama di Masjid Pasir Akar, Besut. Setelah tamat alam persekolahan, sekitar awal tahun 60an, beliau telah merantau ke Mentakab, Pahang. Bekerja sebagai pekerja am di Kem Tentera Batu 5, Mentakab. Seterusnya pada tahun 1967 beliau berpindah kerja ke Kem Tentera Batu 10, Kuantan. Berkahwin dengan Hjh. Aminah Binti Mat Salleh pada tahun 1967.

Semasa menetap di Kg. Galing Kecil, Kuantan, sekitar tahun 1970 beliau telah menerima dan mendalami Perguruan Seni Tapak Suci daripada Allahyarham Pak Teh @ Tok Awang di Rompin bersama teman-teman rapat beliau antaranya Allahyarham Chu Aziz dan Allahyarham Pak Atan. Pada tahun 1974, sebelum berpindah balik ke Kem Tentera Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, beliau telah diijazahkan sebagai wakil perguruan daripada Pengasas Bersaudara, Allahyarham Pak Aswan dan Allahyarham Pak Moin di dalam satu majlis khatam perguruan di Kuantan. Antara amanah daripada Pak Aswan dan Pak Moin ialah membawa dan menyebarkan ilmu Perguruan Seni Tapak Suci ini ke Kelantan.

Baca lagi...

Login Form

Who's Online

Kami ada 23 pelawat online
Bottom Tab Content

Kitab Amalan

icon_kitabKitab Amalan Tapak Suci. Cetakan pertama Januari 2011. Kandungan: Amalan Asas, Doa Nuurun Nubuwwah, Kaifiah Mengisi Jurus, Kaifiah Gerak Seni.

10 Jurus Asas

icon_jurusSepuluh Jurus Asas lengkap dengan nama, keterangan dan ilustrasi. Jurus Satu, Dua Tendat, Dua Jablak, Tiga Tarik, Empat Tendat, Empat Kilas...