Ahad, Ogos 20, 2017

 

pantun

Top Tab Content

Maklum Balas

Sila daftarkan diri anda terlebih dahulu untuk memberikan sebarang komen membina, menghantar bahan rujukan mahupun sumbangan idea.

Pewaris & Ahli

Sesetengah bahan di dalam web ini terhad kepada pewaris dan ahli sahaja. Tapisan untuk akses kepada bahan akan dibuat secara berperingkat.

Ingin Belajar?

Klik pada ikon untuk mendapatkan maklumat tentang gelanggang dan guru di sekitar Kelantan. Senarai akan ditambah dari semasa ke semasa.

Himpunan Pewaris Tapak Suci 2011


Klik di sini atau pada gambar untuk paparan Video Rasmi Himpunan Perguruan Seni Tapak Suci 2011

Alhamdulillah, dengan rahmat dan taufiq dari Allah SWT, Himpunan Pewaris Perguruan Seni Tapak Suci 2011 telah berlangsung dengan meriah pada hari Sabtu 5 Syawal 1432 / 3 September 2011. Himpunan yang diadakan di Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor telah dihadiri sekitar 70 orang. Para hadirin yang datang dari merata tempat terdiri dari guru-guru, ahli-ahli dan mereka yang berminat terhadap perguruan ini.

Guru-guru yang hadir ialah Pak Cik Yasin (Gunong), Abe Mat (PCB), Cikgu Yusof (Pengkalan Datu), Arif (Pengkalan Chepa), Ku Zahar (Binjai), Saiful Hazmi (Dungun), Shamsul (Selayang), Fakhruddin (Merapoh) dan yang paling istimewa ialah Ir. Azizuddin anak sulung arwah Guru Utama.

Selain dari mereka, Puan Aminah balu kepada Abe Ya juga turut hadir. Kehadiran Kak Min mencetuskan nostalgia kepada murid-murid lama perguruan yang memang kenal mesra dengan beliau.

Program setengah hari ini telah dimulakan dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Ariffin Bin Daud (Imam II Masjid Mukim Panchor), salah seorang murid tua Tapak Suci. Selepas acara tahlil, para guru telah menyampaikan ucapan ringkas masing-masing. Kemudian diikuti oleh demonstrasi dari Saiful Hazmi, Abe Mat dan Haikal (murid Pak Cik Yasin). Sesudah demonstrasi, upacara penerimaan enam orang ahli baru telah disempurnakan oleh Pak Cik Yasin, Abe Mat, Cikgu Sof, Arif, Saiful dan Shamsul. Majlis diakhiri dengan acara bergambar dan jamuan tengahari.

Turut hadir dalam majlis ini saudara Firdaus Abdul Rahman, jurulatih Senaman Tua dan Keris Lok 9 dari Majalah Seni Beladiri. Pihak penganjur merakamkan ucapan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada para guru, ahli-ahli dan semua pihak yang terlibat menjayakan acara yang bersejarah ini.

Login Form

Who's Online

Kami ada 25 pelawat online
Bottom Tab Content

Kitab Amalan

icon_kitabKitab Amalan Tapak Suci. Cetakan pertama Januari 2011. Kandungan: Amalan Asas, Doa Nuurun Nubuwwah, Kaifiah Mengisi Jurus, Kaifiah Gerak Seni.

10 Jurus Asas

icon_jurusSepuluh Jurus Asas lengkap dengan nama, keterangan dan ilustrasi. Jurus Satu, Dua Tendat, Dua Jablak, Tiga Tarik, Empat Tendat, Empat Kilas...